Wednesday, 26 October 2011

cerpen pertama ku...

Episod 1 : Badminton
Burung-burung berkicauan tatkala waktu senja mula menunjukkan diri.Para petani yang telah penat seharian bertungkus-lumus di bendang dengan padi-padi mereka telah mula bersiap untuk pulang ke rumah. Kadang-kadang kala terdengar suara mak cik Salmiah menjerit memanggil anak-anaknya si Samad dan si Kamal agar mereka segera pulang ke rumah sebelum ayah mereka pulang dari tempat kerja. Memang sudah menjadi tabiat mak cik Salmiah memanggil anak-anaknya dengan kuat sehinggakan pening kepala di buatnya”, Cepat-cepat mandi tu, kejap lagi ayah korang dah nak balik tu, kata mak cik Salmiah kpd kedua-dua anaknya itu”. “Abg, tadi Amal nampak si Fahmi kat rumah Hamdan tengah bermain badminton”, kata Akmal yang membahasakan dirinya sbg amal sebagai nama timang-timangan kepada abangnya.” Jadi apa maksud kau?”, balas Samad ingin tahu.” Amal rasa amal pun nak juga bermain badminton seperti diorang tapi kita tak ada raket”, kata amal dengan nada yang kecewa. “ Kalau kau betul-betul berminat nanti abang suruh abah belikan”, pujuk Samad untuk menenangkan adiknya itu.” Betul ke ni abang”, kata amal dengan nada yang gembira.” Betullah”, balas Samad. Pada ketika itu mak cik Salmiah tengah menyediakan makanan malam untuk mereka sekeluarga. “Hah…, tu ayah korang dah balik”, kata mak cik Salmiah kepada kedua-dua anaknya. Kedua-dua adik-beradik tersebut berlari ke pintu rumah untuk menyambut ayah mereka pulang dari kerja.” Assalamualaikum”, kata pak Rahmad memberi salam. “Waalaikummussalam”, balas anak-anak dan isterinya. “ “ korang berdua dah mandi belum”, kata pak Rahmad dengan nada yang agak tinggi kerana sudah menjadi kebiasaan baginya untuk memastikan anak-anaknya sudah mandi apabila dia sudah pulang.” Dah ayah”, balas kedua-dua anaknya.Pak Rahmad kemudiaanya terus duduk di muka pintu sambil membuka kasutnya.Setelah selesai pak Rahmad terus menuju ke bilik air untuk mandi.Kedengaran azan Maghrib telah mula berkumandang. Ramai orang kampung telah mula berada di rumah masing-masing dan ada juga anak-anak muda yang masih lagi berada di padang bermain bola namun setelah mendengar azan,mereka pun pulang ke rumah. “Assalamualaikum Rahmad”, Pak Azman memberi salam.”Waalaikummussalam”, balas pak Rahmad.” Pada ketika itu pak Rahmad berada di surau sedang membentangkan tikar sejadah bersama-sama anak-anaknya. “ Cepat salam pak Man tu”, kata pak Rahmad kepada anak-anaknya itu.sudah menjadi kebiasaan bagi Samad dan Akmal untuk bersalaman dengan setiap orang yang datang ke masjid. “ Bagusnya anak-anak kamu ni ya Rahmad”, puji pak Azman kepada pak Rahmad.Pak Rahmad hanya tersenyum sahaja. Selepas itu mereka semua menunaikan solat Maghrib secara berjemaah. Setelah selesai mengerjakan solat, Samad telah mengajak adiknya duduk di bahagian belakang kerana ada perkara yang ingin di bincangkan.Pak Rahmad hanya melihat perbuatan anak-anaknya itu melalui anak matanya sahaja. “ Ada apa abang?”, kata Amal ingin tahu.” Esok kita berdua pergi bandar nak tak?”, kata Samad kepada akmal.” Nak cari apa dekat bandar abang?”, balas Akmal.”Adalah, kau ikut saja ya”, balas Samad.”ok, balas Akmal sambil tersenyum kerana dia memang suka berjalan-jalan. “Apa yang di bualkan tu?”, kata pak Rahmad ingin tahu.Mendengar suara ayah mereka , Samad dan Akmal hanya tersenyum sahaja. Semasa dalam perjalanan pulang dari masjid Samad telah bertembung dengan rakan sekelasnya yang agak tergesa-gesa.” Nak ke mana ni Badrul?”, tanya Samad kehairanan melihat tingkah laku sahabat baiknya itu.” Aku ada hal penting ni Samad jadi esok aku bagitahu kau kat sekolah ya”, balas Badrul yang tercungap-cungap akibat berlari.Sebelum sempat Samad bertanyakan soalan Badrul telah beredar sambil berlari. Samad kehairanan melihat perbuatan Badrul itu. “ Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?”, bisik hati Samad yang agak gelisah. Suasana subuh amat indah, kelihatan burung-burung mula keluar mencari makanan. Terdengar suara Akmal yang berada di bilik air menjerit-jerit kesejukan sambil menggigil.” Wah…., sejuknya air ni”, kata Akmal menggigil. “Cepat mandi tu, ramai lagi yang nak masuk”,teriak mak cik Salmiah kepada anak bongsunya itu.”Baik ibu”, Balas Akmal kepada ibunya itu.” Abang, bila kita nak pergi ke bandar?”, tanya Akmal kepada abangnya itu.” Lepas balik sekolahlah”, balas Samad.” Ok”, kata Akmal sambil tersenyum.” Abang dah bagitahu ayah pasal nak beli raket tu?”, kata Akmal ingin tahu.” Belum lagi,kejap lagi masa ayah hantar kita pergi sekolah abang tanyalah”, balas Samad meyakinkan adiknya itu.”Jangan lupa tau”, kata Akmal.” Baik, jangan risaulah”,balas Samad.”Dah siap ka belum”, kata pak Rahmad kepada kedua-dua anaknya itu. 

No comments:

Post a Comment