Saturday 14 June 2014

Pantun keinsafan




Assalaa`mualaikum kpd semua sahabat2,
moga kalian sentiasa berada d dlm keadaan sihat sejahtera insyaALLAH ...

Tanpa kita semua sedari masa berlalu dengan sangat pantas.Setiap hari akan ada perkara baru yang akan kita tempuhi. Pasti pelbagai pengalaman yang telah tercipta di sepanjang pengembaraan ini. Ada kalanya kita gembira dan ada masanya kita bersedih. Dunia oh dunia~~~ macam-macam yang terkandung di dalamnya. Kadang-kadang kita leka kerna dunia. kita lupa ,kita lalai dan kita hanya mengikut telunjuk dunia semata-mata tanpa menoleh ke arah gerbang akhirat yang menjadi destinasi terakhir kita. Kita sibuk dengan urusan dunia yang bagi kita ianya adalah segala-galanya sampai kita sanggup bersengkang mata di waktu malam hanya untuk urusan dunia yang seketika. Bila ditanya akan bekalan akhirat pula, pasti ramai yang terdiam seketika. Apakah yang kita cari sebenarnya di dalam hidup ini??? adakah dunia semata-mata. " Tepuk dada,tanyalah iman ".

Pinjamlah masa mu sebentar, renung sejenak. Lihatlah sekeliling mu dan ingatilah saat diri mu mulai menjejakkan kaki ke alam dunia sehinggalah di saat kamu berada sekarang. Berapa banyak nikmat yang telah dikurniakan kepada kamu oleh Allah S.W.T. SubhanALLAH..., pasti tidak terhitung banyaknya. Apa-apa pun kita tak pernah terlambat, kerna pintu taubat sentiasa terbuka luas untuk kita semua. Marilah kita mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. mudah-mudahan kita sentiasa di bawah rahmatnya InsyaALLAH...

( Nukilan khas untuk diriku sendiri dan saudara-saudara ku semuanya , maaf andai tersalah di dalam berbicara amar makruf nahi mungkar )

Pantun Keinsafan

Janganlah kita lalai dan leka,
membiarkan nafsu menjadi raja,
kembara dunia hanya seketika,
cuma sekadar singgahan sahaja.

Sungguh tenang suasana di desa,
jauh dari kebisingan kota,
pohonlah ampun kepada yang Esa,
di atas dosa yang pernah tercipta.

Kita semua adalah sama,
mencari bekalan agar selesa,
hidup di dunia tidaklah lama,
tambahkan pahala kurangkan dosa.

Tegaknya pohon kerana si akar,
kukuh berdiri menjulangnya pasti,
jauhkan diri dari yang mungkar,
membentuk peribadi islam sejati.

Hidup di dunia dihias cabaran,
menguji hati mengingatkan peranan,
doa dipohon dengan kesabaran,
menyerahkan diri penuh keimanan.

Tirai senja semakin menerpa,
mentari menghilang menjauh pandangan,
bekalan akhirat jangan dilupa,
moga bahgia di hari perhitungan.

Terima kasih kerna sudi membaca :)




Sunday 14 July 2013

Pantun di bulan Ramadhan


Assalaa`mualaikum...



Jgn leka dgn hidup yg mewah,
kelak terlupa erti kesedaran,
bulan Ramadhan bulan yang istimewa,
bulan yang penuh dgn ganjaran.

Ingatlah kita kepada mati,
kerna dtngnya ia sudahlah pasti,
amalan ditambah seikhlas hati,
menambahkan bekalan di hari perhitungan nanti.



Dunia dikejar tidak berhenti,
sehingga terlupa saat berhenti,
puasa dilakukan seikhlas hati,
agar dpt memperolehi nikmat sejati.

Doa dimohon tidak berhenti,
siang dan malam tiada berbeda,
ramadhan yang hadir sangt dinanti,
bulan yang mulia pahala berganda.

Tuesday 11 September 2012

Pantun perpisahan buat sahabat

Assalamualaikum,

d setiap pertemuan pasti akn ada pengakhirannya,
inilah lumrah kehidupn,
masa akn slalu bergerak n usia kita akn terus meningkat dr hari ke sehari,
ukhwah yg terbina sekian lama sentiase terpahat d dlm hati para2 sahabat.
di sini sy nukilkn sebuah pantun utk sahabat  yg amat mberi kesan d dlm hati n sanubari sy...




Hidup d dunia jgnlh leka,
tambahkn pahala kurangkn dosa,
memori tercipta indah belaka,
menjadi kenangan setiap masa.

Ikutkn hati mbawa padah,
ikutkan rasa diri binasa,
nilai persahabatan amatlh indah,
kekal d ingatan terpahat sentiasa.

Jalinan d bentuk sesama kita,
ikhlas dbina niat utama,
memori d ukir membentuk cerita,
mjadi nostalgia kenangan bersama.

Suka dan duka mjadi tunjang,
kasih dan syg x mampu dbeli,
jika ada umur yg panjang,
InsyaALLAH pasti kita bertemu kembali.

Nilai ukhwah mjadi tali,
pengikat jiwa teguhnya pasti,
jari dsusun rapat sekali,
maaf d pohon andai pernh mengguris hati.

Jiwaku suram hatiku gelisah,
bila mengenangkan kisah yg lama,
kini tibanaya masa utk kita berpisah,
terima kasih ku ucapkan utk memori bersama.

JazakALLAH ...

Tuesday 24 July 2012

Tazkirah Ramadhan 1


  • Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Monday 9 July 2012

Redha


Redha dengan Ketentuan Allah S.W.T


REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU....
Ketahuilah setiap sesuatu di dalam pemerhatian dan pengawasan Tuhanmu. Wahai diriku, ketahuilah bahawa semua perkara yang berlaku kepadamu berada di dalam pengetahuan Allah. Semuanya di dalam pemerhatian dan pengawasanNya. Sesungguhnya Allah mengetahui apa sahaja yang engkau alami. Dia amat mengetahui segala yang menimpa dirimu. Allah mengetahui penderitaan hambaNya. Engkau ditimpa susah dan sakit. Engkau menderita dan engkau sabar di dalam menanggung penderitaanmu itu. Kesabaranmu itu tidaklah sia-sia kerana ianya dinilai tinggi oleh Tuhanmu.

Sebenarnya seluruh manusia tidak akan mampu untuk menolongmu, malah dirimu sendiri pun tidak akan berupaya untuk menolongmu kecuali apa yang diizinkan oleh Allah sahaja. Hanya kepada Tuhanmu sajalah tempat untuk engkau mengadu dan memohon. Redhalah dengan ketentuanNya.

Sedarilah, sesungguhnya Allah mengetahui apa yang engkau alami dan engkau sentiasa berada di dalam pengawasanNya dan sesungguhnya engkau berada di sini hanyalah untuk diuji.

REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU..
Hendaklah engkau redha bahawa Allah adalah Tuhanmu dan redha juga dengan segala ketentuanNya. Wahai diriku, ketahuilah bahawa segala sesuatu itu berlaku dengan Iradat Allah. Tidak ada satu perkara pun yang akan berlaku jika bukan dengan kehendak Allah. Tidak ada sesuatu yang bergerak dan tidak ada yang diam melainkan semuanya dengan kehendak Allah jua. Tidak ada sesuatu yang berlaku pada dirimu di luar pengetahuan Allah. Tidak ada satu pun yang berlaku pada dirimu itu berlaku dengan sendirinya, itu adalah kehendak Tuhanmu.

Sesiapa pun tidak akan mampu untuk menolak kehendak Allah. Semua perkara berlaku dengan Kudrat dan Iradat Ilahi. Terimalah dengan hati terbuka, berusahalah dan teruslah bertawakkal kepadaNya. Redhalah dengan ketentuan Tuhan. Ketahui jugalah, Tuhan yang menimpakan ujian yang kau rasakan berat kepadamu itu adalah Tuhan yang sama yang memberi kemewahan dan rezeki kepada musuhmu, yang pada pandanganmu seorang yang ingkar. Adakah engkau redha dengan ketentuanNya?

Pada pandangan Allah, dunia dan segala isinya ini tidaklah lebih berharga berbanding sehelai sayap nyamuk. Ketahuilah, pemberian kemewahan dunia kepada hambaNya itu bukanlah bermakna keredhaan dari Allah. Sedarilah, hanya Allah Tuhan yang esa, tidak ada Tuhan selainNya. Oleh itu redhalah Dia sebagai Tuhanmu. Sebagaimana engkau rela menerima Allah sebagai Tuhanmu maka redhalah di dalam menerima ketentuanNya.

REDHA DENGAN KETENTUAN TUHANMU …
‘Tidak ada daya dan upaya pada seluruh makhluk melainkan dengan izin dari Allah jua’. Wahai diriku, ketahuilah tidak ada yang akan terlepas dari kehendak Allah dan tidak ada yang dapat menahan ketentuanNya.

Engkau harus berusaha dengan segala upayamu. Setelah itu bertawakkal dan berserahlah kepadaNya dengan kesabaran. Ketahuilah, engkau hanyalah seorang yang lemah tidak berupaya kecuali dengan izin dari Tuhanmu, engkau hanyalah seorang hamba Allah. Segala apa yang ditakdirkan Allah pasti berlaku.

Segalanya dari Allah S.W.T

Pesanan apabila mendengar Azan


Pesanan Semasa Mendengar Azan…





Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa…. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ‘sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: “Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.”Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak .
Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidakdapat mengucap kalimah “Lailahaillallah. .” yang m ana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabutAllah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.
Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allahsupaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baiklagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.
Amin..amin.. amin Yarobbal a’lamin..”
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal ker ana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Friday 29 June 2012



Assalamualaikum,

sudah lama saya x menulis d blog ini,
saya bharap sahabat2 semua sihat2 belaka,
pantas sungguh mase blalu,
tinggl beberapa hari shj lagi utk kita bertemu dgn bulan yg penuh kemuliaan yakni bulan ramadhan,
yg mana pd bulan ramadhan semua pintu2 syurga akn d buka seluas2nya dan semua pintu2 neraka akn d tutup serapat2nya.

Mesti sahabat2 semua x sabarkn nk berjumpa dgn bulan ramadhan :)

alhamdulillah...,
jika kita renung2kn ,
sudah brape kalikh kita telah mememui bulan ramadhan d dlm kehidupn kita sejak kita lahir hinggalh kini,
syukur alhamdulillah kpd Allah S.W.T. kerana mberikn kita peluang utk bersua dgn bulan yg penuh baraqah ini.

InsyaALLAH..., same2 lh kita berdoa moga2 , bulan ramadhan pd tahun ini kita semua dpt mempertingktkn amalan kita kerana setiap amalan baik yg kita lakukn pd bulan ramadhan akn digandakan oleh Allah S.W.T. insyaALLAH :)

Pd hari jumaat yg mulia ini, sy ingn berkongsi dgn sahabat2 mengenai betapa kasih dan sayangnya Allah S.W.T. kpd kita hamba2nya.
Tahukh sahabat2 yg Allah S.W.T. sentiase memandang kita pd setiap saat dan ketika. Setiap pergerakn dan tingkh laku kita sentiase d perhatikn oleh Allah S.W.T., mungkn ade segelintir dr kita yg terlupa akn perkara itu, jd kerana itulh berlakunya perkara2 yg kurang menyenangkn kerna apa?? kerana mrk lupa akn Allah S.W.T. yg sentiase melihat setiap gerak geri mereka.

Kadang2 kita leka dgn dunia , kita terlalu sibuk mengejar harta, nama, pangkat dan sbgnya.Tidak lupa juga, ade yg terlupa akn tanggunjwb mrk sbg umat islam dan hamba kpd Allah S.W.T. iaitu menunaikan solat 5 waktu dan rukun2 islam yg lain.

Inilah dunia zaman sekarang yg kadang2 kalau kita lihat semakin lama semakin jauh dr ajaran islam yg sebenar. Pengaruh2 negatif terlalu mudah meresap ke dlm diri , sehinggakn masalah2 sosial semakin berleluasa , sehinggakn manusia tidak lagi merasa apa2 apabila melihat pembunuhan , peperangn dan sbgnya.

Tahukah sahabat2 yg Allah S.W.T. sngt merindui kita pd setiap mase dan ketika,
tp
kita terlalu asyik dgn dunia kita yg kita telah ketahui bhw ianya adalh palsu dan tidak kekal lama.
Kadang2 bile kita senang kita lupakn Allah S.W.T. dan bile kita susah baru lh kita mengingati Allah S.W.T.
,tahukh sahabat2 sekalian, semakin bnyk dugaan yg kita tempuhi semakin rindu dan sayangnya Allah S.W.T. kpd kita,
setiap hari Allah S.W.T. menunggu2 doa dr kita,
sedarkh kita mengenai hal ini.

Siapakh yg memberikn kita perasaan kasih sayang, rindu, gembira, cinta dan bnyk lagi.
Perasaan itu telah diberikan oleh Allah S.W.T. kpd kita,
 jd mengapakh kita slalu melupakn Allah S.W.T. ??
Tahukh sahabat2 sekalian betapa sayangnya Allah S.W.T. kpd kita ,
Tahukah sahabat2 betapa bnyknye nikmat yg telah d berikn kpd kita sejak kita kecil sehinggalah ke hari ini.
cube sahabat2 fikirkn kembali...,
Apakah ini semua tidak cukup lagi , yg boleh membuktikn bhw Allah S.W.T. sngt2 mencintai dan menyayangi kita.
Segala pujian kepada Allah S.W.T. yg telah memberikan kita nikmat yg tak pernah putus2.
Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...
Syukur Alhamdulillah...

Wahai sahabat2 ku,
marilh kita ambil mase kita utk seketika utk merenung kembali dan ingatlh dr mana asal usul kita,
sudah jauh kita melangkh d dlm kehidupn ini,
sudah bnyk pengalamn yg telah tercipta ,
usia pula semakin meningkt dr hari ke hari,
adakh sudah cukup amalan2 kita utk kita jadikn bekaln d padang masyar kelak,
sesungguhnya pd hari tersebut segala perilaku kita d dunia akn dihakimi pd hari tersebut.
semoga kita semua selamat dan sentiase mdapat rahmat dr Allah S.W.T. utk menuju ke syurga yg abadi amin...

Angkatlh tgn mu dan berdoalh kpd Allah S.W.T. yg sentiase menunggu doa2 dr hamba2Nya pd setiap hari.
Pohonlh keampunan dan bertaubatlh dgn sebenar2 taubat,
sesungguhnya Allah S.W.T. itu maha pengampun lagi maha mengasihani :)

Allah S.W.T. tahu apa yg telah terbuku d dlm hati kita, setiap apa yg kita ingnkn dan kita simpan d dlm hati telah Allah S.W.T. ketahui, ttp Allah S.W.T. sngt mengingnkn kita yakni hamba2Nya utk menyuarakn hasrat itu dgn berdoa.Pohonlh apa shj kpd Allah S.W.T. kerana hanya Allah S.W.T. shj yg boleh menunaikn permintaan kita.

Maafkan sy jika seandainya kata2 sy ade mengguris hati sahabat2 sekalian , tp ketahuilah sahabat2 ku , tujuan ku hanya utk saling ingt mengingatkn sahabt2. sy pun bukanlh sempurna dan sy juga pernah melakukan kesalahn. saya harap kita dptlh same2 berkongsi2 ilmu, dan jika ade kata2 sy yg salah ataupun terkurang, sy ingn menyusun sepuluh jari utk memohon seribu kemaafan. jika sahabat2 ade apa2 yg ingn d kongsikn bersama , alhamdulilah dan sy mengalu2kn. kerana ilmu itu sngt luas dan same2 lh kita mencarinya.