Saturday, 14 January 2012

Doa selepas akad nikah

DOA SELEPAS AKAD NIKAH



الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ سيدنا محمد رحمة للعالمين وَعَلَى ءَالِهِ الطاهرين واصحابه الذين بالجنة مبشرين . بارك الله لكما وعليكما وفى كل خير جمع بينكما . اللهم الق بينهمامحبة والودادا واهدهما سبيل التقوى والرشاد وطول اعمارهما فى رغد العيش والسرور ودوام الهناء وانشراه الصدور .


Ya Allah Ya Tuhan kami dengan barakah dan inayah daripadaMu kedua-dua mempelai ini telah selamat diijab kabulkan pada pagi yang berbahagia ini, maka Engkau berkatilah pasangan ini dan Engkau suburkanlah perasaan kasih sayang dan lemah lembut antara mereka berdua. Ya Allah sesungguhnya pasangan ini telah mengikut sunnah NabiMu Muhammad s.a.w maka tunjukkanlah pada mereka jalan ketaqwaan dan petunjukMu. Panjangkanlah umur kedua mempelai ini di dalam kesenangan dan kebahagiaan, kegembiraan yang berkekalan dan hati yang lapang.

Ya Allah Engkau jadikanlah kedua-duanya qanaah yakni merasa cukup dengan apa yang Engkau rezekikan) dan sentiasa memelihara rumah tangga mereka. Kurniakanlah mereka kesabaran dan ketenangan di dalam menghadapi segala cubaan hidup berumah tangga yang penuh pancaroba lebih-lebih lagi di akhir zaman ini. Rezekikanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah serta taat pada kedua ibu bapanya.

Ya Allah sempurnakanlah nikmat-nikmatMu dan luaskanlah rezeki kedua-dua mempelai ini, peliharalah kedua-duanya daripada akhlak-akhlak yang buruk hasil bisikan jin dan syaitan yang sentiasa cemburu terhadap anak Adam yang mendirikan rumah tangga.
Ya Allah, limpahkanlah kepada pasangan pengantin ini cinta yang Engkau jadikan pengikat rindu Rasulullah s.aw dan Khadijah, yang engkau jadikan mata air kasih sayang Saidina Ali kw dan Saidatina Fatimah ra, yang Engkau jadikan penghias keluarga nabiMu yang suci. 
Ya Allah, kami memohon redhaMu, satukanlah keduanya sebagai suami isteri yang saling mencintai di kala dekat, saling menjaga kehormatan di kala jauh, saling menghibur di kala duka, saling mengingatkan di kala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan, saling menyempurnakan dalam beribadat kepadaMu.

Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.

اَللَّهُمَّ لا تدعلنا ذنبا الا غفرته ولا عيبا الا سترته ولا هما الا فرجته ولا عدبا الا زوجته وكربا الا كشفته ولا دينا الا قضيته ولا ضالا الا هديته .رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ . ربنا تقبل منا انك انت السميع العليم وتب علينا انك انت التواب الرحيم .وَصَلَّى الله ُ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

1 comment: