Sunday, 30 October 2011

Penghormatan Kepada Masjid


Kategori : IBADAH Solat  
Tajuk :
Penghormatan Kepada Masjid
Hadith :
Dari Abi Qatadah as-Salmi r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda “Apabila seseorang daripada kamu masuk ke masjid, hendaklah ia mengerjakan sembahyang (tahyatul masjid) dua rakaat sebelum ia duduk.”
 
(Bukhari)


 
Huraian
1. Masjid dan surau adalah tempat yang suci dan mulia yang diberi penghormatan dengan menamakannya “Baitullah” (rumah Allah).
2. Baitullah yang paling besar dan agung adalah Baitullah al-Haram yang terletak di Makkah al-Mukarramah. Ia merupakan kiblat umat Islam di seluruh dunia.
3. Apabila kita memasuki mana-mana masjid hendaklah kita menunaikan hak masjid terlebih dahulu iaitu dengan mengerjakan sembahyang dua rakaat sebelum duduk.
4. Sembahyang tersebut dinamakan sembahyang “Tahyatul masjid”. ‘Tahyat’ di sini bererti penghormatan iaitu sembahyang yang dikerjakan secara khusus semasa tiba di masjid. Hukumnya adalah sunat. 

ibu n bapa

Kurnia Allah Kepada Mereka Yang Berkhidmat Untuk Ibu Bapa !

WRITTEN BY: ZAHIRUDDIN - SEP• 21•11
Salam Sejahtera,
Tiada tuhan hanya Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah. Tiada daya dan kekuatan hanya Allah. Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Yang pertama-tamanya kita perlu dahulukan Allah dalam kehidupan seharian kita, amalan kita, perbuatan kita dan segala tingkah laku dan tindak-tanduk kita. Kemudian pula kita contohi sedaya mungkin cara hidup dan budi pekerti Nabi Muhammad s.a.w dalam kehidupan kita. Selepas itu pula ialah ibu bapa kita.
Ibu bapa kita merupakan rahmat kepada kita. Tanpa mereka berdua sudah pasti kita tidak di lahirkan ke dunia. Kasih sayang mereka memelihara, mendidik dan membesarkan kita tanpa penuh jemu dan ikhlas untuk kebaikan kita perlu di hargai dan di hormati.
Doa ibu bapa kita saban malam dan hari membantu kita untuk mudah menjalani kehidupan kita di dunia ini. Amat berkatlah mereka-mereka yang menghormati dan menyayangi ibu bapa mereka. Memandang wajah mereka  pun berkat apa lagi dapat restu dari mereka akan perjalanan, perkerjaan dan perbuataan anda di dunia ini.
Kepada mereka yang BELUM  memohon ampun dan restu akan kehidupan mereka mohonlah sekarang selagi ibu bapa anda masih ada. Mohon pada mereka “Halalkan makan minum, ampunkan segala kesalahan dan mohon “IJAZAH” segala ilmu dari dahulu sehingga sekarang”. Insyaallah anda akan dapat “KEBERKATAN” hidup dunia dan akhirat. Insyaallah.
Untuk selanjutnya hayati kisah yang menarik ini perihal Nabi Sulaiman dengan Kubah Ajaib …
Zahiruddin
Nabi Sulaiman Dengan Kubah Ajaib
Pada suatu hari Nabi Allah Sulaiman telah menerima wahyu daripada Allah supaya pergi ke tepi pantai untuk menyaksikan suatu benda yang ajaib yang akan ditunjukkan kepada Nabi Sulaiman. Setelah bersiap sedia, Nabi Sulaiman berangkat ke tepi pantai yang di nyatakan di dalam wahyu. Baginda di iringi oleh kaum jin, manusia dan binatang.
Setibanya di pantai, Nabi Sulaiman terus mengintai- ngintai untuk mencari sesuatu seperti yang dikatakan oleh Allah. Setelah lama mencari, baginda belum lagi menjumpai apa-apa. Kata salah seorang daripada mereka “Mungkin tersalah tempat”. Tetapi baginda menjawab “Tidak, di sinilah tempatnya”. Nabi Sulaiman mengarahkan Jin Ifrit supaya menyelam kedalam laut untuk meninjau apa-apa yang pelik atau ajaib. Jin Ifrit menyelam agak lama juga barulah ia kembali kepada Nabi Sulaiman dan memaklumkan bahawa dia tidak menjumpai apa-apa benda yang ajaib.
Tanya Nabi Sulaiman “Apakah kamu menyelam sehingga ke dasar laut” Jawab Jin Ifrit “Tidak”. Nabi Sulaiman pun mengarahkan Jin Ifrit yang kedua supaya menyelam sehingga ke dasar laut. Setelah puas menyelam dan mencari benda-benda yang di katakan oleh Nabi Sulaiman, Jin Ifrit yang kedua juga tidak menjumpai apa-apa yang ajaib dan ia melaporkan kepada Nabi Sulaiman.
Perdana Menterinya yang bernama Asif bin Barkhiya telah berbisik ke telinga Nabi Sulaiman dan memohon kebenaran untuk menolongnya. Setelah mendapat izin Nabi Sulaiman, dia membaca sesuatu dan terus menyelam ke dalam laut. Tidak lama kemudian Asif menjumpai sebuah kubah yang sangat cantik. Kubah tersebut mempunyai empat penjuru, setiap penjuru mempunyai pintu.
Pintu pertama diperbuat daripada mutiara, pintu kedua diperbuat daripada zamrud berwarna merah, pintu ketiga diperbuat daripada jauhar dan pintu keempat diperbuat daripada zabarjad. Pintu-pintu tersebut terbuka luas, tetapi yang peliknya air tidak masuk kedalam kubah tersebut walaupun pintunya terbuka luas.
Dengan kuasa yang diberikan oleh Allah, Asif dapat membawa kubah tersebut naik ke darat dan diletakkan di hadapan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman melihat kubah tersebut dengan penuh takjub di atas kebesaran Allah. Baginda berangkat untuk melihat kubah tersebut, setelah menjenguk ke dalam di dapati ada seorang pemuda berada di dalamnya. Pemuda tersebut masih belum sedar walaupun kubahnya telah diangkat ke darat kerana asyik bermunajah kepada Allah. Nabi Sulaiman memberi salam kepada pemuda tersebut.
Pemuda tersebut menyambut salam dengan perasaan terkejutnya apabila melihat orang ramai sedang berada disitu. Nabi Sulaiman memperkenalkan dirinya kepada pemuda itu bahawa beliau adalah Nabi Allah Sulaiman. Pemuda itu bertanya “Dari manakah mereka ini dan bagaimana mereka datang?”. Pemuda itu merasa kehairanan dan setelah menjenguk keluar dia mendapati bahawa kubahnya telah berada di darat. Nabi Sulaiman memberitahu pemuda itu bahawa mereka datang kerana diperintahkan oleh Allah untuk melihat keajaiban yang dikurniakan Allah kepadanya.
Setelah mendapat izin dari pemuda itu Nabi Sulaiman meninjau ke dalamnya untuk melihat benda yang ajaib yang dihiasi di dalamnya.
Keindahan yang terdapat di dalam kubah itu sungguh menakjubkan. Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda tersebut bagaimana dia boleh berada di dalam kubah ini yang terletak di dasar laut. Pemuda tersebut menceritakan bahawa dia telah berkhidmat kepada kedua ibu bapanya selama 70 tahun. Bapanya seorang yang lumpuh manakala ibunya pula seorang yang buta. Suatu hari ketika ibunya hendak meninggal dunia, ibunya memanggilnya dan memaklumkan bahawa ibunya telah redha diatas khidmat yang diberikan olehnya. Ibunya berdoa kepada Allah supaya anaknya dipanjangkan umur dan sentiasa taat kepada Allah.
Setelah ibunya meninggal dunia, tidak lama kemudian bapanya pula meninggal dunia. Sebelum bapanya meninggal dunia, bapanya juga telah memanggilnya dan memaklumkan bahawa dia juga telah redha diatas khidmat yang diberkan olehnya. Bapanya telah berdoa sebelum meninggal dunia supaya anaknya di letakkan di suatu tempat yang tidak dapat diganggu oleh syaitan.
Doa kedua-dua orang tuanya telah dimakbulkan oleh Alllah. Pada sutau hari ketika pemuda tersebut bersiar-siar di tepi pantai ia terlihat sebuah kubah yang sedang terapung-apung di tepi pantai. Ketika pemuda tadi menghampiri kubah tersebut . Ada suara menyeru supaya pemuda itu masuk ke dalam kubah tersebut.
Sebaik sahaja ia masuk kubah dan meninjau di dalamnya tiba-tiba ia bergerak dengan pantas dan tenggelam ke dasar laut. Tidak lama kemudian muncul satu lembaga seraya memperkenalkan bahawa dia adalah malaikat yang di utuskan Allah. Malaikat itu memaklumkan bahawa kubah itu adalah kurniaan Allah kerana khidmatnya kepada orang tuanya dan beliau boleh tinggal di dalamnya selama mana dia suka, segala makan dan minum akan dihidangkan pada bila-bila masa ia memerlukannya.
Malaikat itu memaklumkan bahawa dia diperintahkah Allah untuk membawa kubah tersebut ke dasar laut. Semenjak dari itu pemuda tersebut terus bermunajat kepada Allah sehingga hari ini.
Nabi Sulaiman bertanya kepada pemuda itu “Berapa lamakah kamu berada di dalam kubah ini” Pemuda itu menjawab “Saya tidak menghitungnya tetapi ia mula memasukinya semasa pemerintahan Nabi Allah Ibrahim a.s lagi”. Nabi Sulaiman menghitung “. Ini bermakna kamu telah berada didalam kubah ini selama dua ribu empat ratus tahun”. Nabi Sulaiman berkata “Rupa mu tidak berubah malah sentiada muda walaupun sudah dua ribu empat ratus tahun lamanya”.
Nabi Sulaiman bertanya pemuda itu samada dia mahu pulang bersamanya”. Jawab pemuda tadi “Nikmat apa lagi yang harus aku pinta selain daripada nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada ku ini”. Nabi Sulaiman bertanya”Adakah kamu ingin pulang ke tempat asal mu” Jawab pemuda itu “Ya, silalah hantar aku ke tempat asalku”. Nasi Sulaiman pun memerintahkan Perdana Menterinya membawa kubah tersebut ketempat asalnya.
Setelah kubah tersebut diletakkan ketempat asal, Nabi Sulaiman berkata kepada kaumnya “Kamu semua telah melihat keajaiban yang dikurniakan oleh Allah. Lihatlah betapa besar balasan yang Allah berikan kepada orang yang taat kepada orang tuanya dan betapa siksanya orang yang menderhakan kepada kedua ibu bapanya”. Nabi Sulaiman pun berangkat pulang ketempatnya dan bersyukur kepada Allah Taala kerana telah memberi kesempatan kepadanya untuk menyaksikan perkara yang ajaib.
Sumber: http://mukmin.com.my/baca.php?id=55&kategori=6

Jgn Mudah Bputus Asa... :)

Amalkan Sikap Jangan Putus Asa – Sifat Mulia

WRITTEN BY: ZAHIRUDDIN - SEP• 27•08
Insan, janganlah berputus asa
Oleh: Ibnu Abdullah 
Semua yang bergelar insan pastinya telah, pernah, dan akan berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian, cabaran, masalah, kesulitan, atau kegagalan. Itulah hakikat insan yang hidupnya pasti berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Bahkan Allah SWT sendiri menjelaskan hal ini melalui firmanNya dalam AlQuran:
“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”
Dan dalam ayat yang lain Allah menerangkan: “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan; Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji lagi?”
Ujian yang dihadapi berbeza antara seorang insan dengan insan yang lain. Ada yang diuji dengan kegagalan dalam sesuatu perkara, ada yang diuji dengan penindasan dan masalah, ada yang diuji dengan kebaikan, kekayaan, kemiskinan dan bahkan ada juga yang diuji dengan kesalahan, dosa-dosa, dan sebagainya. Pendek kata, semua orang pernah dan akan diuji. Persoalan yang penting yang ingin disampaikan bukanlah sekadar untuk membezakan bentuk ujian tersebut namun apa yang lebih penting bagaimana kita menghadapi ujian dan cabaran tersebut. 
Jadi apakah tindakan kita dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Adakah kita perlu kecewa dan marah atau berputus asa apabila berhadapan dengan pelbagai bentuk ujian tersebut? Bukankah sepatutnya sebagai seorang Muslim kita sepatutnya menjadikan ujian tersebut sebagai batu loncatan yang mengubah kita menjadi seorang yang lebih baik dan mengubah keadaan tersebut menjadi lebih baik. 
Bukankah Allah telah menyatakan: “Allah tidak akan sekali-kali mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum tersebut sendiri yang mengubahnya”
Inilah hebatnya orang Islam, kerana prinsip hidupnya yang jelas dan bermatlamat telah digariskan dengan jelas dalam Islam.Benarlah kata – kata Umar yang sangat terkenal akan hal ini.
“Kita adalah satu bangsa yang dimuliakan dengan Islam dan sekiranya kita mencari kemuliaan selainnya pastinya kemuliaan yang kita kecapi akan hilang”.
Pendek kata, janganlah kita berputus asa dalam berhadapan dengan ujian tersebut. Allah menyatakan dengan jelas dalam AlQuran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Bukankah Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:
” Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.
Bahkan sehingga pelaku-pelaku dosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana sememangnya sifat ini adalah sifat yang terlarang bahkan keampunan Allah SWT itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”.
Kalau dalam hal inipun dilarang berputus asa apatah lagi hal – hal yang lain. Tapi alangkah berbezanya realiti Muslim hari ini yang mudah sahaja berputus asa apabila gagal dalam sesuatu perkara atau mudah saja menyerah kalah apabila menghadapi cabaran yang sukar. Ikutilah teladan Rasulullah SAW dan sahabat – sahabat serta generasi Islam yang awal yang sentiasa bersemangat dan bersungguh- sungguh dalam apa jua bidang sekalipun. Ayuh wahai pemuda untuk kita bangkit kembali dan pastikan kita sentiasa cekal dan jauhilah sikap berputus asa.
Penulis teringat kisah seorang pendaki gunung yang pernah mencatat masa yang terpantas yang mana telah menjadi Qadar Allah untuk pemuda tersebut mangalami kemalangan sehingga tidak memungkin lagi dia untuk mendaki. Namun alangkah positifnya pemuda ini dengan menjelaskan:
“jika sebelum ini aku boleh melakukan 100000 perkara tapi kini aku masih boleh melakukan 1000 perkara lagi”.
Lihatlah pemuda ini yang sentiasa pro aktif dan berfikiran positif. Dan secara logikalnya, hari ini kita melihat kebanjiran pelbagai jenis buku yang sebenarnya tidak mahu membiarkan manusia dalam keadaan berputus asa. Ada sahaja buku yang ditulis untuk membantu kita memperbaiki keadaan kita. Kalau tidak pandai berbahasa ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana untuk menguasai bahasa tersebut, jika dalam keadaan stress juga ada sahaja buku yang menjelaskan bagaimana menghadapinya pendek kata semuanya Ada jalan dan ianya terletak kepada kita sama ada kita mahu atau tidak atau kesimpulan yang mudah ianya tidak mahu kita berputus asa kerana Sesutu maslah atau cabaran yang timbul pasti ada jalan keluarnya.
Jika kita pernah gagal, ini tidak bermakna kita akan gagal selama-lamanya. Persoalan yang penting bukanlah bagaimana kita akan gagal tetapi persoalannya adalah bagaimana kita akan mengendalikan dan berhadapan dengan kegagalan tersebut.
Allah SWT tidak pernah bersikap zalim terhadap hamba Nya. Bahkan Dia Maha Adil dalam segala sesuatu. Sebaliknya manusialah yang mempunyai sifat gopoh. Mereka selalu menghadapi Qadha’ Allah dengan rasa kesal dan tidak reda, lebih-lebih lagi kalau yang menimpanya itu sesuatu yang pahit. Dia mengira kalau dia mendapat kesenangan itu membuktikan bahawa Allah reda kepadanya. Sebagaimana dia mengira bahawa Allah benci kepadanya jika ia mendapat bencana.Inilah gambaran akal manusia yang sangat terbatas. Sedangkan Allah menafikan sekeras kerasnya anggapan yang salah dan keliru tersebut di dalam firman-Nya: “Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberikan-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun apabila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku. Sekali-kali tidak (demikian). 
Anggapan manusia pada kedua-dua keadaan diatas adalah keliru. Sebenarnya kelapangan atau kesempitan rezeki adalah ujian Allah terhadap hamba-Nya. Apakah mereka akan bersyukur atau kufur nikmat, apakah boleh sabar menghadapi cubaan atau panik. Balasan untuk seseorang yang kelak akan diterimanya adalah sesuai dengan sikapnya menghadapi ujian-ujian diatas. Balasan bukan terletak pada apa yang diperolehi seseorang di dunia ini samada senang atau susah. Kesimpulannya, janganlah kita berputus asa. Jadi bagaimanakah kita menghadapinya?: 
• Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk menuntut kita untuk menjadi yang lebih baik. Rasulullah SAW menjelaskan: 
“Sungguh mengkagumkan keadaan seorang mukmin, keadaan mereka sentiasa dalam kebaikan. Tidak terjadi hal yang demikian itu melainkan bagi seorang mukmin. Jika mendapat kesenangan ia bersyukur dan hal itu merupakan kebaikan. Dan jika ia tertimpa kesusahania bersabar dan itu juga merupakan kebaikan baginya”. 
• Sentiasa memohon pertolongan Allah dalam segenap hal dan bertawakal kepada Allah. Dari Abdullah Bin Mas”ud RA, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yanny selalu ditimpa kesedihan/kegundahan maka hendaklah dia membaca: “Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hamba-mu, dan anak abdi-Mu, dan anak-anak-Mu, dan (berada) didalam genggaman-mu, ubun-ubunku ditangan-Mu, dan berlaku keatas (diri) ku hukum-Mu, dan adil padaku ketentuan-Mu, aku memohon kepadaMu dengan semua nama milik-Mu, (samada) yang Engkau namakan diri-Mu dengannya, atau yang Engkau turunkan dia di dalam kitab-Mu, atau yang Engkau simpan tersembunyi di alam ghaib disisi-Mu; kiranya Engkau jadikanlah Al Quran sebagai penghibur hatiku, dan sebagai penawar kesedihanku dan kedukaanku”. Tidak seorang hambapun yang membaca doa tersebut melainkan Allah hilangkan kedukaannya dan diganti-Nya (kesedihan itu) dengan kegembiraan.
Dan dalam firman Allah menjelaskan: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya engkau (Wahai Muhammmad) tentangKu, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini hampir, Aku menjawab seruan sesiapa yang berdo`a kepadaKu apabila dia berdo`a. Maka hendaklah dia menyahut seruan (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu mudah-mudah mereka selalu berada di atas petunjuk”. 
• Bersabar dan Bersikap pro aktif serta tidak reaktif apabila menghadapi cabaran dan ujian. Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut dan bukannya dengan bereaksi dengan emosi dan hawa nafsu. Ingatlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. 
Akhir kata marilah bersama- sama kita menghayati sebuah Hadith Rasulullah SAW,Sabda Nabi s.a.w kepada Ibnu `Abbas ketika itu dia masih kecil: Maksudnya: Wahai anak kecil! Sesungguhnya aku ingin mengajarmu beberapa kalimat, iaitu, jagalah Allah (jagalah perintahNya) nescaya Allah menjagamu. Jagalah Allah (jaga perintahNya) nescaya engkau dapati Dia berada di hadapanmu (menunaikan keperluanmu). Apabila engkau memohon pohonlah daripada Allah. Apabila engkau meminta pertolongan minta tolonglah daripada Allah.

Saturday, 29 October 2011

Sejarah Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban


Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan bagi seluruh umat Islam.

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

إِنَّ اللَّهَ قَدْ أَبْدَلَكُمْ بِهِمَا خَيْرًا مِنْهُمَا يَوْمَ الأَضْحَى وَيَوْمَ الْفِطْرِ
Maksudnya:
“Sesungguhnya ALLAH telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasa’i, hadis no: 959.

Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH S.W.T:

"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah, lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu), Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu telah menjalankan perintah KAMI).
Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang terkemudian." – Surah al-Soffaat: 101-108.
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain lagi.

HUKUM WANITA MENYANYI DISISI ISLAM


Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati muzik dan lagu. Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini. Walau bagaimanapun, mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu-lagu nashid yang liriknya membawa kepada kebaikan dan kesedaran agama.


Tidak dapat dinafikan, banyak juga nasyid-nasyid ini yang dilihat menyimpang dari landasan asal lalu sifat komersialnya melebihi nasihatnya. Liriknya yang asalnya membawa kepada nasihat agama mulai bertukar kepada puja-puji wanita dan kekasih. Bezanya dengan lagu pop rock, biasa hanyalah kerana ia diadun sedikit dengan menyebut nama-nama Allah sekali sekala, kalimah Islam atau apa-apa elemen Islam.
Amaran Allah
Allah SWT yang menciptakan manusia sememangnya telah memberi peringatan akan hal ini apabila menyebut :-
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)


Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; ) Imam As-Suddi berkata : larangan ini bermaksud kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.


Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)


Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nyanyian wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah dibenarkan.
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/161)


Maka kumpulan penyanyi wanita hari ini termasuk di dalam kumpulan yang yang diharamkan Allah. Malah bukan sekadar ‘illah suara sahaja yang boleh menjadikan mereka tercebur dalam perkara haram, malah pakaian dan pergerakkan mereka di khalayak awam juga.


Kebiasaannya apabila persembahan di buat, mereka kerap bersolek-solekan dengan pakaian yang canggih manggih.


Di samping itu, duduk pula di atas pentas menjadi tontotan lelaki, jika para ulama semasa menghukumkan haramnya bersanding pengantin di atas pentas dalam keadaan senyap tanpa berkata.


Apatah lagi kumpulan penyanyi wanita yang bersolek adakala seperti pengantin ini dan melentuk-lentuk tubuh dan suaranya di hadapan lelaki bukan mahram, sudah tentu haramnya lebih besar. Dengan pakaian yang menjolok mata ditambah ketat, perkara ini menjadi suatu fitnah kepada umat Islam.


Selain itu juga, hukum memberi sokongan dan menaja penyanyi wanita adalah haram malah dilaknat Allah dan Rasulullah saw. Ini berdasarkan kepada sabda nabi saw yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi: “Laknatlah penyanyi perempuan dan kepada siapa mereka perdengarkan nyanyian (pendengar)”


Rasulullah juga menyatakan bahawa petanda kepada kiamat adalah berleluasanya penyanyi dan penari wanita yang tidak mempunyai perasan malu dan aib kepada lelaki.
Perkara haram adalah haram dan yang halal tetap halal. Kesimpulannya adalah wanita yang menyanyikan lagu adalah suatu perkara haram mutlak selama-lamanya. Manakala, pihak yang terlibat juga mendapat saham dosa selama mana dia tidak bertaubat kepada Allah Taala.
Aurat Wanita Ketika Bersama Wanita[1]
Jika seseorang wanita Islam bersama-sama wanita Islam yang lain, maka aurat yang mesti ditutup ialah bahagian anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini bermakna bahawa seorang wanita Islam harus melihat anggota lain selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut wanita Islam yang lain.
Manakala kedudukan aurat seorang wanita Islam dengan wanita bukan Islam pula para ulamak berselisih pendapat mengenainya. Perselisihan berlaku berpunca daripada penafsiran ganti nama (dhamir) “mereka” dalam ayat 31 surah al-Nur yang bermaksud:

“Perintahlah (wahai Muhammad) akan wanita Mukminin supaya mereka mengawasi “mereka” dan supaya mereka menjaga alat-alat kemain mereka dan aurat mereka. Dan tidak boleh mereka memperlihatkan aurat mereka kecuali aurat yang zahir (muka dan dua tapak tangan). Dan wajib mereka memakai tudung kepala serta menutupi bahagian dada mereka….”
Para ulamak yang menafsirkan ganti nama “mereka” itu dengan erti wanita-wanita Islam sahaja, berpendapat adalah tidak harus wanita-wanita Islam mendedahkan sebarang sebarang aurat mereka biarpun yang lain selain daripada anggita yang terletak di antara pusat dan lutut apabila berhadapan dengan wanita bukan Islam.
Kedudukan wanita bukan Islam di dalam masalah ini samalah dengan kedudukan lelaki ajnabi. Inilah pendapat yang menjadi pegangan sekumpulan fuqahak mazhab Shafie, Umar, Ibnu Abbas, Mujahid, Ibnu Juraij dan lain-lain yang sebahagian besarnya daripada golongan ulamak salaf.
Diriwayatkan bahawa Umar r.a pernah menulis surat kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah katanya:

“Sesunguhnya telah sampai ke pengetahuan bahawa wanita-wanita ahli Dhimmah telah masuk ke dalam bilik-bilik mandi bersama-sama wanita Islam maka hendaklah kamu melarang perkara yang sedemikian dan menyekatnya daripada terus berlaku kerana tidak diharuskan begi seorang wanita Dhimmiyah melihat aurat wanita Islam.”
Ibnu Abbas r.s pula menyatakan bahawa:
“adalah tidak harus seorang wanita Islam dilihat oleh wanita Yahudi atau Nasrani.”
Bagi mereka yang mengatakan bahawa maksud gantinama “mereka” itu sebagai wanita secara umumnya, iaitu Islam dan bukan Islam, berpendapat adalah harus bagi wanita Islam mendedahkan aurat mereka di hadapan wanita bukan Islam, sama seperti kedudukannya ketika berhadapan dengan wanita Islam yang lain.
Dengan erti kata bahawa wanita Islam diharuskan mendedahkan auratnya di hadapan wanita bukan Islam selain daripada anggota yang terletak di antara pusat dan lutut. Ini adalah pendapat ulamak mazhab Hanbali dan juga salah satu pendapat fuqahak mazhab Hanafi dan Shafie. Pendapat ini disahkan pula oleh al-Ghazali dan al-Fakhrul Razi, dua ulamak tokoh dari mazhab Maliki.
Al-Fakhrul Razi berkata:

“Pendapat ini adalah lebih lembut dan sesuai dengan manusia pada hari ini yang hampir-hampir tidak mungkin lagi bagi para wanita Islam melindungi diri mereka daripada pandangan wanita-wanita dhimmiyah.”
Mereka mengatakan bahawa maksud “mereka” itu adalah wanita khusus yang dikenali melalui persahabatan, pekerjaan dan perkenalan sama ada wanita Islam atau bukan Islam, menegaskan bahawa harus bagi para wanita Islam mendedahkan auratnya kecuali bahagian anggota yang terletak antara pusat dan lutut, tanpa sebarang hijab(penutup) di hadapan wanita-wanita yang terhormat dan mulia(tinggi peribadinya) biarpun mereka itu bukan Islam.
Jelasnya, neraca keharusan tersebut adalah berdasarkan kepada asas akhlak, bukan asas agama. Lantaran itu, apabila wanita Islam berhadapan dengan wanita fasik yang tidak mempunyai sifat malu, tidak berakhlak dan beradab sopan, maka wajiblah ke atas mereka menutup auratnya kerana mendampingi mereka tidak kurang bahayanya daripada mendampingi lelaki ajnabi yang mungkin merosakkan akhlaknya. Ini adalah pendapat al-Maududi, seorang ulamak mutakhir yang amat popular di kalangan umat Islam masa kini. Suatu pendapat yang sederhana yang dapat menyelaraskan dua pendapat sebelumnya, dan ia amat sesuai sekali dengan suasana dan keadaan sekarang ini.
Kita berasa agak sukar untuk menerima pendapat pertama kerana kedudukan pergaulan sekarang ini di antara orang Islam dan bukan Islam memang tidak dapat dielakkan. Setiap hari kita bertemu dan berurusan dengan mereka di merata-rata tempat dan pada bila-bila masa sahaja. Malah kita tidak dapat pula mengamalkan pendapat kedua kerana tanpa membezakan di antara wanita bukan Islam yang berakhlak dan tidak berakhlak bererti kita mendedahkan para wanita Islam kita pada suatu keruntuhan moral yang mungkin lebih buruk daripada apa yang kita sangkakan.Mengikut keadaan suasana keadaan di Malaysia ini dan bagi mengelakkan fitnah sertakesesuaiannya dalam masyarakat kita, dapat disimpulkan bahawa, aurat wanita muslim dengan wanita muslim yang lain dan wanita non-muslim adalah sama. Iaitu dibolehkan wanita Islammendedahkan rambutnya sampai bawah leher, tangannya dan dari lutut ke bawah. 
Auratnya Bersama Hamba
Mengenai auratnya (wanita) bersama harnba, jikalau hambanya perempuan maka hukumnya adalah menyerupai auratnya bersama para wanita yang lain tetapi jikalau hamba tersebut adalah lelaki maka mengikut pendapat yang paling tepat, auratnya wajib ditutup sama seperti ketika dia berhadapan dengan seorang lelaki ajnabi.
Auratnya Bersama Pondan
Mengenai auratnya (wanita) bersama pondan, sekiranya fitrah kejadian pondan terbabit adalah semuiajadi maka hukumnya adalah sama seperti auratnya ketika bersama muhrimnya yang lelaki iaitu selagimana pondan tersebut masih kekal begitu dan tidak berubah nalurinya menjadi bernafsu.
Auratnya Bersama Kanak-Kanak[2]
Mengenai auratnya (wanita) bersama kanak-kanak, sekiranya kanak-kanak tersebut belum mumayyiz dan belum bernafsu maka hukumnya ialah sama seperti hubungan sesama wanita iaitu dibenarkan auratnya dilihat oleh-kanak-kanak tersebut melainkan pada bahagian di antara pusat hingga ke lutut Akan tetapi sekiranya kanak-kanak itu sudah pun mumayyiz dan bersyahwat maka hukumnya adalah sama seperti ajnabi.
Aurat Ketika Bersendirian
Pada dasamya, umat Islam dilarang daripada tidak berpakaian sekalipun ketika berseorangan tetapi dibenarkan jikalau keadaan memerlukan begitu seperti ketika berada dalam bilik air untuk mandi atau membuang air. Ini berdasarkan Hadis sahih yang menerangkan bahawa Nabi Musa dan Ayub a.s.pernah mandi tanpa mengenakan kain basahan sedang Nabi s.a.w. ketika menyatakan hal ini, baginda hanya berdiam diri sahaja. Oleh itu, haram tidak berpakaian ketika bersendirian tanpa apa-apa keperluan,makruh tidak berpakaian ketika mandi dan diharuskan ketika membuang air.
Aurat Wanita Tua [3]
”Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Dan mana-mana perempuan tua yang telah putus kedatangan haid, yang tidak mempunyai harapan berkahwin lagi maka tidak ada salahnya mereka menanggalkan pakaian luarnya, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka; dalam pada itu perbuatan mereka menjaga kehormatannya (dengan tidak menanggalkan pakaian luarnya itu adalah) lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.[4]
Al-Qurtubi dan Ibn Kathir memindahkan pendapat ilama, wanita yang dianggap tua seperti dalam tiga keadaan di atas diharuskan menanggalkan pakaian jilbab. Dr. Muhammad Rawwas Qal’aji dalam kitabnya, Mawsu’ah Fiqh Abdullah bin Abbas Qal’aji menyebut bahawa :
"Harus bagi perempuan tua daripada kalangan wanita bahawa dud.uk di rumah-rumah mereka dengan memakai dir'i (baju yang menutup bahagian atas) dan khimar (sesuatu yang menutup kepala) tanpa mengenakan jilbab (pakaian luaryang longgar) dan bahawa klaki-lelaki masuk menemui mereka di rumah-rumah mereka sedangkan mereka dalan situasi tersebut. Jika sekiranya zahir daripada mereka bahagian yang pada adat didedahkan tanpa memberatkan seperti lengan, telinga dan leher atau seumpamanya.
Mungkin pandangan inilah yang banyak diketengah dan diamalkan oleh kebanyakan umat Islam terutamanya wanita tua di negara ini. Perempuan dibolehkan menampakkan muka hingga ke telinga, leher hingga ke pangkal leher baju yang dipakai yang mana buka leher bajunya tidak terlalu luas dan dua tangannya sehingga ke lengan iaitu di bawah paras siku.
Rambut perempuan tetap dianggap aurat di sisi syarak. Dengan itu mereka masih wajib menutup kepada dengan kain tudung atau terbus. Namun, apabila mereka keluar daripada rumah, auratnya tetap sama seperti wanita muda.
Hikmat wanita tua diharuskan membuka jilbab kerana sebab tertentu,
1. Amat keberatan di atasnya melazimi disebabkan tua.
2. Rambutnya telah uban atau jarang merendahkan risiko kehadiran fitnah
3. Sebahagian besar masanya dihabiskan tinggal tetap di rumah. Keadaan ini menjadikan ia jarang-jarang bertemu dengan lelaki ajnabi.

[1] http://www.pmram.org/
[2] Sila rujuk, al-Fiqh al-Islami Wa adillatuh, jld. : 1, hlmn. : 595-598.
[3] Azhar Abdullah, Jalinan Aurat Dalam & Luar Solat, Nilam Puri, Kota Bharu, 2004.
[4] Surah An-Nur : 60
Antara pengalamn 2 die zoo..,



sahabt ku yg sentiasa mengantok... zzzzz....



waktu nie dlm pukul 06.21..




relaks sudah...




Sebuah perjalananan yg agak mencabar n best, nanti ade mase nak gi zoo lagilah.. hihi...


Teka Teki Sengal

1) Semua haiwan jadi monyet,monyet jadi apa?
jwpn: Jadi banyak.

2) Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor mana
yg lebih pjg & kenapa?
jwpn: ekor tikus lebih panjang sebab mencecah
lantai

3) Dari banyak banyak burung, burung mana jaga
atuknya sendiri?
jwpn: Burung belatuk aaa

4) Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu ....?
jwpn: Speedometer turun dulu

5) kalu bas kemalangan n bas tu terjatuh ke dalam
sungai, apa yang masih hidup lagi walaupun bas tu

dalam air...?
jwpn: road tax dia arrr....

6) kete apa yang bolih jalan dari pokok ke pokok?
jwpn: nissan 323 (tree to tree)

7) apa yang paling pandai dalam makmal?
jwpn: termometer sebab byk degree :-p

8) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya
jwpn: O.A.G (Orang Asli Gombak)

9) Kumpulan Rock yang Paling wangi
jwpn: MAY (Bau Sabun)

Thursday, 27 October 2011

mengapa wanita menangis???

Note: Di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untuk mengetahui kenapa perempuan mudah menangis. Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa teman wanita mereka terlalu mudah untuk mengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya, "Ibu, mengapa ibu menangis?"
Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti…"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya. "Ayah, mengapa ibu menangis?"
"Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas," sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapa perempuan menangis? Hingga pada suatu malam, dia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa perempuan mudah menangis?" Dalam mimpinya dia merasa seolah-olah mendengar
jawapannya:
"Saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila dia telah membesar.
"Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.
"Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah.
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam apa jua keadaan dan situasi. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada anak- anak yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.
"Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sukar dan menjadi pelindung baginya.
Sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak..?
"Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tidak pernah melukai isterinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.
"Dan akhirnya, Kuberikan wanita air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat dia gunakan bila-bila masa pun dia inginkan. Ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebenarnya air mata ini adalah "air mata kehidupan."






                                                                PENTING...
Artikel ini telah dilesenkan di bawah Creative Commons License 2.5 - Malaysia.  artikel "Kenapa perempuan mudah menangis?" atau kredit kepada "Tentang Cinta".

cantiknya UiTM Puncak Alam : )

ingn ak bkongsi pemandangn indah di Universiti kesayangn ku bersama para sahabat sekalian...  : )





cantik betul pemandangan dr FSK 2,3,4, nie.. hihi  :)


Pergh..., bngunan yg paling tgg yg  pernah ak daki tanpa mgunakn lift...


sebuah coretan utk direnungi bersama2 : )

Secara tiba2 teringt plak diri ku kpd kata2 seorang sahabt baik ku yg berbunyi " ramai org suka mbuat persediaan utk menghadapi peperiksaan, tp x ramai org yg mbuat persediaan utk mati",  kata2 beliau ini telah mbuatkn diriku tersentak seketika dan mbuatkn diriku terdiam krn barulh ak sedar bhw slme ini ak terlalu leka dgn dunia smpai tlupa kpd amal kebaikan yg sepatutnya d perbanyakkn. Kadang2 terfikir juga akn kata2 sahabat baik ku itu, dan bila ak cube memahami setiap bait kata2 beliau, ianya tlh mbuatkn diriku semakin mengerti akn maksud beliau yg mane jika kita lihat secara realitinya pd masa kini, ramai manusia blumba2 mengejar harta dunia dan ade yg sanggup x tido mlm utk mdapatknnya n berbagai lg tp jika kita pandang dari satu sudut yg lain yakni dari segi ibadah atau amaln,masih bnyk lg yg perlu dpertambhkn namun ianya d pandang sepi krn mgkn ade sesetengh manusia terlalu sibuk memikirkn mengenai kerja , assignment n berbagai lg, sehinggkn mrk terlupa akn tujuan sebenar penciptaan manusia d muka bumi Allah S.W.T.
           Mgkn ada masenya kita tlalu memikirkn mengenai exam yg semakin hmpir sampai mbuatkn kita x tido smpai ke pagi dek krn mengulangkaji pelajaran. tp pernahkh terlintas d benak fikiran kita utk bfikir mengenai amalan kebaikan dan dosa yg pernah kita lakukan sehingga ke hari dan saat ini. mampukh kita melakukkn solat dr mlm sehingga pg seperti mana kita study utk final exam sehingga mbuatkn mata kita bengkak dek krn x cukup tido. Sy mengaku yg agak sukar utk kita berbuat demikian ttp jika kita ingn benar2 mengubah diri kita utk mjadi umat islam yg sejati maka cubalh kita mcari masa d mane kita dpt mempergunakn masa tersebut utk beramal dgn kesungguhn yg penuh d dada dan sentiasa mharapkan keredhaan dr Allah S.W.T. yg Maha Besar lg Maha Berkuasa. Nasihat ini sy tujukn juga kpd diri sy sendiri agar kembalilah ke arah ataupn landasan yg benar krn jika kita benar2 ingn merubah diri kita ke arah kebaikn,  InsyaAllah pasti Allah S.W.T. akn mbantu kita .
       Selain drpd itu , gunaknlh masa 24 jam yg diberikn Allah S.W.T. kpd kita dgn secermat2nya krn " Demi masa, sesungguhnya manusia berada d dlm kerugian, melainkn yg beriman dan yg beramal soleh" . Hargailh masa itu dan jgnlh d biarkn ianya berlalu seperti air yg mengalir tanpa di isikn dgn perkara2 yg bermanfaat. Bingkisan ini sy kongsikn utk saudara2 ku n utk diri ku di samping marilh kita kembali merenung dan memuhasabah diri masing2 dan dlm mase yg same marilah kita menguatkn tali ikatan silatulrahim d antara kita krn kita semuanya BERSAUDARA  :)

Sblm sy mengakhiri coretan ini, ingn sy menghadiahkn serangkap pantun utk sahabat2 ku ^^


kasih sayang tidak ternilai,
sentiasa terpahat d sudut hati ku,
satu ikatan yg amat bernilai,
menguatkn ikatan antara saudara2 ku . ^^ .